Wednesday, April 20, 2011

iBU..........

ketika berumur 1 tahun..ibu memberikan kita susu,
kita membalasnya dengan menumpahkan susu tersebut di atas karpet...

ketika berumur 3 tahun...ibu membelikan kita baju raya baru,
kita membalasnya dengan menumpahkan air sirap ke atas baju tersebut...

ketika berumur 5 tahun...ibu membelikan kita sebiji bola,
kita membalasnya dengan menyepak bola itu dan memecahkan pasu kesayangan ibu...

ketika berumur 7 tahun...ibu menghantar kita ke sekolah,
kita membalasnya dengan menjerit "saya tak mahu ke sekolah..saya nak balik!!!".......

ketika berumur 12 tahun..ibu menyuruh kita belajar,
kita membalasnya dengan bermain permainan komputer ketika ibu keluar rumah....

ketika berumur 15 tahun...ibu membayar segala bayaran tuiyen dan menyuruh kita belajar,PMR dah dekat,
kita membalasnya dengan memonteng kelas tuisyen dan melepak di supermarket...

ketika berumur 19 tahun..ibu menghantar kita ke universiti,
kita membalasnya dengan bersalam dengan ibu di luar bilik kerana malu dengan teman sebilik..

ketika berumur 21 tahun...ibu bertanyakan apa cita-cita kita,
kita membalasnya dengan "apa-apa hal saya tak nak jadi macam ibu"

ketika berumur 23 tahun...kita mempunyai boy/girlfriend
kita berkata kepada ibu kita "ibu jangan masuk campur dalam hal peribadi saya"...

ketika berumur 26 tahun...kita berkahwin dan ibu  mengajar kita menjadi suami/isteri yang soleh/solehah,
kita berkata "sekarang zaman dah modenlah ibu,saya tahulah,saya bukan budak kecil lagi"..

ketika berumur 30 tahun...kita membeli sebuah kereta baru dan pulang ke kampung dengan bangganya,
apabila ibu menyentuhnya..kita berkata "jangan sentuh ibu...nanti kotor,saya baru basuh.."

ketika berumur 45 tahun...ib menelefon kita suapaya balik ke kampung sebeb ibu rindukan anak cucunya,
kita membalasnya dengan berkata "tak bolehlah ibu..saya ada banyak kerja.anak pula nak kena belajar,SPM dh dekat.."

ketika berumur 50 tahun...ibu jatuh sakit dan perlukan kasih sayang,
kita membalas budinya dengan pulang sekali sahaja kerana terdapat banyak kerja dan mesyuarat penting..

ketika ibu meninggal dunia..
ketika itulah baru kita sedar bahawa kita belum membalas segala jasa yang ibu berikan kepada kita..
sejak kita lahir sehingga nafas terakhirnya..

selagi ibu kita masih ada,balaslah segala jasa yang pernah ibu berikan sebelum kita keseorangan...
sesungguhnya syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu..

SEKIAN...

Tuesday, April 19, 2011

sEjAK biLaKaH????

suatu ketika kita tidak bisa bertatih
namun sejak bilakah kita sudah pandai bejalan??

suatu ketika kita tidak bisa bertutur
namun sejak bilakah kita sudah pandai berdusta??

suatu ketika kita tidak kenal huruf
namun sejak bilakah kita sudah pandai membaca??

suatu ketika kita acap kali mengucup pipi ibu dan ayah
namun sejak bilakah kita malu melakukannya??

suatu ketika kita gemar bermesra
namun sejak bilakah gurauan senda itu mati??

suatu ketika kita sering bergaul dan bermain
namun sejak bilakah malu memunculkan diri??

suatu ketika kita sering menghadiri kelas
namun sejak bilakah kita rajin keluar dan memonteng kelas??

suatu ketika perasaan untuk berjaya muncul
namun sejak bilakah perasaan itu luput??

suatu ketika kita malas menulis karangan
namun sejak  bilakah kita rajin mengarang surat cinta??

suatu ketika perasaan kita sering tenang
namun sejak bilakah hati mula bergelora dengan cinta??

suatu ketika kita riang bersama teman
namun sejak bilakah keriangan itu dimiliki oleh seorang insan??

suatu ketika kita memadai dengan apa yang ada
namun sejak bilakah kita tidak pandai bersyukur??

suatu ketika kita dilahirkan sebagai seorang insan
namun sejak bilkah kita bertindak seperti seekor haiwan??

dari satu ketika aku dilahirkan
namun aku tidak pasti bilakah aku akan dikembalikan...
sebagai seorang insan....


Monday, April 18, 2011

UiTM PUNCAK ALAM..(pAlAm).....

.................................
kawasan fakulti
ramaikan yg tgh nek tngga 2?hee...
cantikkan??hee....
.............................
tinggi kn?...2** anak tangga
kolej raflesia-cafe,pejabat kolej,surau,gyme,dewan,
cafe....

Thursday, March 31, 2011

Di sEbALiK APriL boDOH!!!

Hari ni 1 APRIL kn??ermm...mostly remaja zaman sekarang bila sebut je 1 APRIL mesti terlintas di fikiran diorang pasal APRIL FOOL...
Actually,kte sebagai umat islam tak baik sambut april bodoh nih...ade cite disebalik sambutan nih...
April Fool’s Day ini dipercayai mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol.
Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.
Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.

Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan ‘aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan… Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah ‘Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum gah bila kita mengikut telunjuk mereka…Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan “agenda” barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)..Seperti yang telah sedia maklum, antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDONISME iaitu budaya cintakan hiburan. Dan contoh yang sudah jelas adalah April Fool itu sendiri.. Jadi, mahukah kita tergolong dalam kalangan umat Islam yang saja buat-buat tidak tahu?? Tepuk dada, tanya iman…
Wahai sekalian sahabat-sahabat seperjuangan sekalian, Jika kita cintakan Islam, maka tunjukkanlah usaha kalian menjadikan Al-Qur’an dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan.. Ayuh! Kembalikan kegemilangan Islam!..